Semester 1

GGGB6012 Penulisan Akademik I

Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar menghasilkan penulisan akademik seperti kertas seminar, kertas projek dan tugasan-tugasan akademik lain dengan tepat dan jelas.  Skop perbincangan kursus ini termasuklah isu-isu umum penggunaan bahasa yang meliputi pemilihan laras bahasa yang tepat dan sesuai serta pembinaan perenggan yang utuh dalam penulisan akademik, penilaian secara kritis bahan sumber rujukan, penggunaan subtopik secara efektif dan penggunaan kaedah rujukan yang dapat mengelakkan plagiarisme (termasuk penggunaan Gaya UKM).  Selain itu, kursus ini turut membincangkan persekitaran yang dapat menggalakkan penulisan seperti mempunyai jaringan dan pembahagian masa yang realistik untuk menulis.  Pelajar juga diberi latihan untuk menilai serta menghasilkan abstrak penyelidikan dan penulisan kertas kerja seminar.

GGGB6013 Kaedah Penyelidikan I

 

GGGC Isu-isu Pendidikan di Malaysia

Kursus ini bertujuan membimbing pelajar untuk memeriksa secara mendalam dan kritikal pandangan-pandangan penting, aliran-aliran yang ternampak dan isu-isu yang berbangkit dalam pendidikan di Malaysia kini. Pelajar digalakkan untuk menentukan bidang dan mendalami aspek berkenaan daripada pelbagai perspektif yang relevan dalam bidang pendidikan. Melalui kursus ini, diharap pelajar mendapat peluang untuk menyuarakan idea-idea tersendiri dalam perbincangan dan seterusnya menulis secara ilmiah tentang topik-topik tertentu. Pelajar diwajibkan membuat pembacaan yang luas. Antara isu yang akan dikaji ialah falsafah dan fungsi pendidikan, arah perkembangan kurikulum, arah perkembangan pengurusan pendidikan, perkhidmatan perguruan dan arah perkembangan pendidikan tinggi.

GGGE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar mengkaji perkembangan pelbagai sumber dan sistem maklumat serta teknologi dalam pendidikan hari ini. Topik-topik perbincangan adalah berkaitan pembangunan, perkembangan dan masalah-masalah pengajaran sumber dan teknologi maklumat dalam dan luar negeri serta pembangunan dan trend teknologi terkini dalam pendidikan. Hasil perbincangan dan kajian dibentangkan dalam bentuk seminar dan dikendalikan secara pembelajaran kooperatif.

GGGE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan pendidikan. Selain itu, kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran perpustakaan dan kemahiran maklumat yang merupakan komponen asas kepada budaya belajar sepanjang hayat.

Advertisements