Semester 2

GGGE6553: REKABENTUK DAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN MAKLUMAT

Kursus ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk merekabentuk, melaksana dan menilai program maklumat di pusat sumber pendidikan. Menggunakan pendekatan kajian tindakan, kursus ini membina pengetahuan, pengalaman dan kemahiran merancang, melaksana dan menilai aktiviti kemudahan maklumat penggunaan pusat sumber pendidikan dan membantu pelajar menulis laporan kajian tindakan tersebut secara ilmiah.

GGGE6573: PROMOSI DAN PASARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kursus ini bertujuan untuk membekalkan kepada pelajar konsep, strategi, promosi dan pasaran pendidikan serta sistem maklumat. Aspek-aspek yang turut dibincangkan termasuklah strategi mempromosi dan memasarkan bidang pendidikan melalui teknologi maklumat termasuklah internet, world wide web dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

GGGE6453: PENGELUARAN & PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar tentang beberapa jenis dan aspek pengeluaran dan penggunaan media pengajaran. Pelajar akan berpeluang mempelajari cara-cara mereka bentuk, mengeluarkan dan menggunakan media eletronik dan bukan elektronik yang boleh digunakan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan industri. Teknik dan kemahiran menggunakan perkakasan juga akan dititikberatkan. Tumpuan juga akan diberikan kepada penulisan skrip, penyediaan fotografi, grafik dan percetakan yang sesuai dengan bentuk media yang dipilih.

GGGB6023: KAEDAH PENYELIDIKAN II

Tujuan kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam memahami dan menjalankan penyelidikan pendidikan khususnya yang berbentuk kuantitatif. Pengalaman pembelajaran disusun sedemikian rupa supaya diakhirnya pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk memahami metodologi penyelidikan, menilai laporan penyelidikan dan seterusnya menjalankan satu kitaran penyelidikan yang lengkap. Melalui kursus ini, pelajar akan dibimbing untuk menggunakan elemen statistik desktriptif dan statistik inferensi yang sesuai untuk sesuatu permasalahan kajian yang dirangkakan. Pelbagai teknik penganalisisan data akan didedahkan, merangkumi analisis parametrik dan non-parametrik. Di akhir kursus, dijangkakan pelajar berupaya memanifestasikan pengetahuan, kemahiran dan pembudayaan penyelidikan melalui penghasilan satu laporan penyelidikan yang lengkap.

GGGG6673: KERTAS PROJEK 1

Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar melakukan penulisan Bab 1, 2 dan 3 serta laporan penyelidikan yang bakal dijalankan. Kursus ini berbentuk seminar dan pelajar akan berbincang secara kumpulan bersama dengan penyelia masing-masing. Perbincangan akan merangkumi bahagian-bahagian berikut – Pengenalan, Latar Belakang Kajian, Pernyataan Masalah, Objektif, Persoalan dan Hipotesis Kajian, Kerangka Konsep, Definisi Operasi Istilah, Batasan Kajian, Tinjauan Literatur dan Methodologi Kajian.Di akhir kursus, pelajar akan diminta membentangkan draf penulisan tersebut dalam kumpulan masing-masing. Pelajar seterusnya akan diminta menghantar laporan terakhir dalam bentuk Penulisan Akademik Bab 1 – 3. Penilaian kursus ini adalah berdasarkan kepada proses penyediaan laporan, laporan akhir serta pembentangan.

Advertisements